Monday, December 14, 2009

Laporan Trafik Kuching Lundu

Selamat pagi dan salam sejahtera. Berikut adalah laporan trafik untuk kawasan2 jalan raya sekitar Kuching dan Lundu.

Keadaan kesesakan di jalan Lundu dilaporkan dalam keadaan yang baik. Tiada kesesakan dilaporkan. Walaubagaimanapun, terdapat laporan menyatakan bahawa terdapat beberapa pemandu yang tidak berhati-hati di jalan raya. Berikut adalah laporan dari ejen trafik phone ranger kita, saudara [F]. Encik [F], silakan.

"Terima kasih DJ.. Gunung Pandan jauh ke tengah, gunung daik bercabang tiga, kereta berjalan bermegah-megah, pemandu tak berhemat macam org gila.. pantun itu sebagai permulaan laporan saya. Kedaan jalan raya di Lundu dilaporkan agak baik. Tiada terdapat kesesakan jalan raya. Saya rasa la, ini mungkin disebabkan kurang bilangan kereta di sini. Tetapi....air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Terdapat beberapa orang pemandu yang memandu kereta masing dalam keadaan tidak selamat. Sebagai contoh nya sebuah VIVA PUTIH dilaporkan memandu kereta terhuyung hayang.. sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Keadaan ini sungguh merunsingkan pemandu-pemandu yang lain memandangkan jalan ini mungkin jalan bapak dia yang punya. Ya, lain kali kita harus mengesyorkan agar ibu bapa semua membeli jalan raya di samping membeli rumah.. saya mms ya macam mana rupa pemandu tersebut".. tit tit..


Terima kasih Encik [F].. Itu dia laporan keadaan jalan raya Lundu, mungkin Encik [F] silap tafsir keaadan pemanduan pemandu tersebut. Ada kemungkinan pemandu ini sedang mengelak daripada melanggar semut-semut yang berada di atas permukaan jalan raya atau pun mengelak batu-batu kecil dan pasir-pasir yang mungkin berbahaya kepada tayar yang baru lahir. Diharap Encik [F] bersabar memandu sambil berpantun ya.

Seterusnya kita hubungi saudari Cik[N] untuk laporan keadaan jalan raya Kuching. Helo, helo Cik[N], helo...

"..Salamelekom DJ, saya dengar suara awak. xpayah jerit-jerit, gegendang saya masih dalam keadaan yang baik. hehe. Yaaa,, keadaan jalan raya Kuching dalam keadaan yang kurang baik. Terdapat kesesakan merata-rata macam pasir-pasir di tepi pantai. Saya difahamkan bahawa di sini banyak pemandu-pemandu yang telah membeli jalanraya sendiri di sini. Kalau campur jalan raya mak bapak nya sekali, boleh jadi hampir semua jalan raya di Kuching telah dibeli. Sebagai contohnya sebuah kereta VIVA SILVER telah memandu kereta secara bahaya dan berdedikasi untuk menunjukkan bahawa dia memiliki jalan tersebut. Dengan tiba-tiba beliau memotong kereta yang berada di sebelah KANAN, dengan konfidennya tanpa memberi sebarang signal. Ya para pendengar sekalian..

((( kita secara langsung dalam televisyen ya Cik[N].. )))

..yaka ahahaha...sorie2,, hehe. sambong cerita kita. SIGNAL adalah salah satu komponen yang penting dalam kereta. Kalau kereta itu tiada signal maka kereta itu tidak boleh di jual. Di samping itu, cermin sisi juga adalah penting dan harus digunakan. Satu lagi...LANE KANAN ADALAH LORONG LAJU. KALAU ANDA MEMANDU SECARA KEPOT KEPOT MASUK TANPA BERI SIGNAL DAN MELIHAT SAMA ADA TERDAPAT KERETA YANG MEMECUT LAJU, SILA TURUN KERJA NAIK BAS ESOK HARI ATAU PUN TUMPANG KAWAN ANDA YANG LEBIH PAHAM DENGAN PEMANDUAN SELAMAT..INGAT YA, ELAKKAN MENGAMALKAN CORAK PEMANDUAN BODOH YA PARA PEMANDU SEMUA HiHi... saya hantar sms ya DJ. tet... "pahal sikmok tok.." TIT TIT..



Terima kasih Cik[N].. Oh, nampaknya pemandu ini sebenar nya masih di dalam dilemma setelah lama tidak pergi ke funfair barangkali.. saya rasa la.. pemandu ini mungkin suka bermain bumper car. Oleh itu beliau sering memandu kereta sedemikian.. Kalau anda perasan, tiada signal dan cermin sisi terdapat pada bumper car... saya nasihatkan agar pemandu tersebut agar jika ke fun fair, berenti main bumper car, dan mulankan tabiat untuk bermain kereta yang bermuzik. Yang kita masok duit 50sen tu..

Sekian saja laporan trafik kita hari ini. Bertemu lagi pada esok hari pada jam yang sama dan chanel yang sama..


Kesimpulan nya, kita harus berhati-hati memandu jika tertemu dengan kereta VIVA yang berada di atas jalan raya...Sudah terbukti kereta VIVA SANGAT BAHAYA DAN MENYAKITKAN HATI NUSA BANGSA KITA..terutama sekali yang berwarna PUTIH, SILVER DAN MERAH...hehe.. .Salam sejahtera dan selamat memandu.. treng teng teng tong teng tong teng..








0 comments:

Post a Comment